Anggota Amal turut cari mangsa hilang

Berita
Typography

ANGGOTA daripada Jabatan Amal turut terlibat dengan operasi mencari mangsa hilang di hutan antara empangan Kuala Kubu Baru ke Bukit Frazer.

Mangsa dimaklumkan adalah seorang pencen tentera yang didapati hilang semenjak 30 September lalu di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor, Shehdi Hazrik berkata, seramai 16 anggota Amal dari Unit UTK, semboyan dan medik terlibat dalam misi SAR bersama pasukan Bomba, Polis, dan semua agensi kerajaan dalam misi pencarian, semalam.

Katanya, sebelum memulakan misi, semua anggota Amal yang diketuai oleh Timbalan Ketua Sektor Operasi, Abu Umar telah melakukan solat hajat memohon Allah memudahkan segala urusan.

“Misi kali membawa sama beberapa aset Amal antaranya ialah sebuah jentera ambulans, peralatan radio komunikasi semboyan dan peralatan medik,” katanya.

Tambahnya, petugas yang cedera semasa bertugas dirawat oleh pasukan Medik Amal yang diketuai oleh Muhammad Khairi Shaharuddin dan antara yang menerima rawatan termasuk anggota-anggota Bomba.

Menruutnya lagi, satu pasukan dari Unit Syifa Amal Negeri diketuai oleh Mashadi dan Zafran dan 5 anggota Syifa Amal yang lain turut membantu melalui usaha alternatif.

“Alhamdulillah dengan peralatan alat komunikasi yang baik Amal Command Centre (ACC) kami yang dikendalikan oleh Nasrol telah diberi kepercayaan untuk menghubungkan team Mosas dan Bomba sepanjang misi,” ujarnya.

Beliau berkata, semua anggota kembali ke base camp sekitar jam 5.00 petang untuk melapor kepada ketua operasi SAR.

“Alhamdulillah semua anggota terlibat berada dalam keadaan selamat.

“Insya Allah hari ini satu lagi operasi yang merupakan operasi terakhir akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa, saya mohon seluruh sahabat yang membaca laporan ini dapat mendoakan keselamatan mereka dan semoga mereka dapat menjumpai mangsa hilang tersebut,” katanya. - HARAKAHDAILY 6/10/2017

tengas5

tengas2

tengas3

tengas4

tengas1