PAS Temerloh edar kuih bulan

Berita
Typography

PAS Temerloh tidak ketinggalan meneruskan tugas rutin mengedar kuih bulan kepada masyarakat Tionghua yang tinggal di sekitar bandar Temerloh.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) PAS Temerloh, Roslan Ahmad berkata, pengedaran kuih bulan dilaksanakan di bandar Temerloh, Kampung Baru Cina dan Jalan Bahagia.

Katanya, program tersebut diadakan setiap tahun sempena menyambut pesta Tanglung yang diraikan masyarakat Cina.

“Kita meraikan kepelbagaian budaya termasuk masyarakat Cina yang memang rapat dengan orang Melayu sejak sebelum merdeka lagi.

“Menariknya kali ini kita bawa dua anggota Jabatan Amal Temerloh yang boleh bertutur berbahasa Mandarin,” katanya. Sebanyak 500 kuih bulan diedar pada program itu.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus dan Ketua Muslimat Temerloh, Salamiah Mohd Nor.

Salamiah berkata, sambutan masyarakat Cina begitu baik sekali.

Menurutnya juga PAS bukan asing kepada kaum Tionghua kerana pernah menang kerusi Dun Kuala Semantan pada 1999-2004 dan 2008–2013. Bagaimanapun Adun Kuala Semantan menyertai PAN pada 2015.– HARAKAHDAILY 7/10/2017