PAS gesa tangani banjir di Sibuti

Berita
Typography
SIBUTI: Pihak berwajib diminta segera membaik pulih dan menyelenggara struktur perparitan dan saliran di beberapa perkampungan dalam kawasan ini yang sering dilanda banjir.
 
Yang DiPertua PAS Kawasan Sibuti, Butir Bakar berkata, kerja pedalaman sungai juga perlu diadakan bagi menangani keadaan tersebut yang menyebabkan bebanan berat ditanggung penduduk.
 
Menurutnya, penduduk di Kampung Masjid, Kampung Kepayang dan Kampung Tiris serta sekitarnya mengalami kepayahan hidup akibat kerosakan harta benda berpunca daripada banjir.
 
Terang beliau, banjir mudah berlaku dengan hanya hujan lebat untuk beberapa jam di mana sekitar 70 peratus rumah dan laluan utama akan dinaiki air yang agak dalam.
 
Ujarnya, walaupun hujan lebat adalah fenomena biasa di situ namun usaha mengurangkan impak banjir ke atas penduduk perlu dilakukan bagi mengelakkan kesukaran lebih teruk terpaksa dihadapi. - HARAKAHDAILY 9/10/2017