18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

PAS Dun Kemasik kempen bantu Rohingya

Berita
Typography
KEMAMAN: Pemuda PAS dan Ameerah Dun Kemasik telah menggerakkan kepedulian dan kebersamaan masyarakat dalam Dun itu kepada Misi Selamatkan Rohingya.
 
Usaha tersebut diadakan melalui kutipan derma dalam kalangan pengunjung dan peniaga di tapak Pasar Tani Pagi, Kerteh di sini hari ini.
 
Menurut Pengarah Program, Wan Ibrahim Wan Mamat, masyarakat sekitar ternyata peduli dan memberi perhatian kepada nasib saudara seagama mereka itu.
 
Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Dun Kemasik berkata, sikap itu diterjemahkan masyarakat melalui sumbangan yang telah mereka berikan.
 
Wakil Ameerah Dun Kemasik, Nil Ilyana Nik Li pula berkata, program kutipan itu akan diterus digerakkan bagi membantu pembelaan serta menyumbang kepada warga Rohingya.
 
Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Che Bukhari turut menyatakan sokongan terhadap usaha itu di mana membolehkan masyarakat menyumbang kepada Rohingya. - HARAKAHDAILY 27/10/2017