20
Thu, Jun
40 Artikel Baru

Bajet 'Panadol Actifast' - Adun Cukai

Berita
Typography
KEMAMAN: Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak umpama 'Panadol Actifast' yang menghilangkan sakit hanya seketika.
 
Adun Cukai, Hanafiah Mat dalam reaksinya semalam berkata, bagaimanapun bajet itu menyebabkan rakyat merana sepanjang tahun.
 
"Tak ubah seperti seorang tok bomoh yang merubat pesakit. Segala penyangkal, kudis gatal, dari laut pulang ke laut, ambillah dikau secebis bungkusan buat hari esok.
 
"Tok Batin dan Ketua Kampung dipuja diberi imbuhan. Namun, rakyat jelata ditekan dengan kenaikan kos kehidupan yang melampau. Harga minyak saban minggu naik.
 
"Bayaran bonus yang menjadi impian penjawat awam hanyalah gincu merah menyala dibibir gadis, terkena air pudarlah ia," ujar beliau.
 
Hanafiah yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman menzahirkan rasa simpati kepada rakyat atas cabaran bakal dihadapi kesan bajet tersebut. - HARAKAHDAILY 28/10/2017