18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

Pemangku Raja akan rasmi Hari Peladang, Penternak dan Nelayan

Berita
Typography

SEBANYAK 16 anugerah akan diberikan kepada usahawan yang berjaya sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan.

Majlis berkenaan bakal disempurnakan perasmiannya oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Sebanyak 53 gerai usahawan seluruh negara akan disediakan pada program berkenaan selama tujuh hari bermula 30 Oktober hingga 5 November.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata pada masa yang sama turut diadakan Ekspo Hijau Kelantan 2017.

Katanya, majlis itu bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke 1V, Kota Bharu, Kelantan.

“Pelbagai acara utama diadakan antaranya pameran peladang, penternak dan nelayan.

“Selain itu pameran ternakan, pameran lembu sado hibrid Kelantan,” ujarnya.

Katanya lagi, pemeran Ekspo Hijau Kelantan pula melibatkan 12 agensi, syarikat swasta yang memfokuskan pembangunan teknologi hijau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua rakyat Kelantan hadir pada program berkenaan.– HARAKAHDAILY 29/10/2017