18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

JELAS 3.0 tambah semangat Muslimat Perlis

Berita
Typography
KANGAR: Kesiapsiagaan Muslimat sebagai salah satu sayap PAS dalam gerak kerja PRU14 terus diperkuatkan dengan sesi penerangan melalui Program Jelajah Saidatina Khadijah Siri 3.0 (JELAS 3.0) yang diadakan di Kompleks PAS Perlis, di sini hari ini.
 
Ketua Penerangan Muslimat PAS Perlis, Norhasmayati Che Me berkata, JELAS 3.0 menjadi salah satu mekanisme untuk menyampaikan maklumat yang selaras di semua peringkat.
 
JELAS 3.0 adalah program yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (LPHM) Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan kerjasama LPHM Negeri-Negeri sejak dari dua tahun yang lalu.
 
Pada program tersebut, peserta didedahkan dengan sesi penerangan Dokumen Hijau dan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.
 
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli dan turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Perlis, Ustazah Latifah Mat. - HARAKAHDAILY 29/10/2017