21
Fri, Jun
24 Artikel Baru

Alumni APSA ditubuhkan bantu gerak agenda DMPM

Berita
Typography
KUALA LUMPUR: Majlis Pelancaran Alumni Akademi Pengajian Saidatina Aishah (APSA) telah diadakan di Pusat Tarbiyah Dun Hulu Klang, semalam. 
 
Program anjuran APSA itu telah berjaya mengumpulkam seramai 30 peserta terdiri daripada alumni APSA dari ambilan pertama hingga ambilan ke enam.
 
Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh. 
 
Beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada APSA sebagai sebuah jabatan DMPM bagi berbincang secara serius agenda mereka.
 
Beliau juga menasihatkan supaya tidak membiarkan ruang kosong dalam pembinaan kepimpinan sehingga diisi oleh pihak yang beragenda peribadi.
 
APSA pada peringkat awal penubuhannya menawarkan kursus latihan secara khusus dan berterusan kepada naqibat dan bakal naqibat. 
 
Kursus bertaraf diploma itu bagi membina pembudayaan ilmu dan aspek pentarbiyahan dalaman para Muslimat. 
 
APSA kini berorientasikan pentarbiyahan semi-akademik yang bekerjasama dengan Lajnah Tarbiah dan Perkaderan DMPM. 
 
Pelbagai latihan, kursus, perundingan dan bimbingan dalam aspek keilmuan dan kepakaran secara profesional dan efisien disediakan khusus untuk Muslimah. 
 
Objektif APSA untuk melahirkan golongan Muslimah yang berjuang menegakkan amar makruf nahi munkar dalam kerangka pembudayaan ilmu-ilmu Islam. - HARAKAHDAILY 29/10/2017