18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

Bonus: Ada banyak cara pekerja swasta boleh dirai

Berita
Typography

RAMAI yang ejek bila saya tulis hal rungutan pekerja sektor swasta berkaitan Bajet 2018.

“Kata mereka ini, tak kan kerajaan nak kena bagi bonus kepada sektor swasta seperti yang diterima penjawat awam?” kata AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Menurutnya, ada banyak cara pekerja sektor swasta boleh diraikan.

Antaranya, kata beliau PM boleh umumkan; "Bagi menghargai sumbangan pekerja sektor swasta kepada negara maka saya dengan ini mengumumkan tambahan perlepasan cukai khas bagi tahun taksiran 2017 berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan sektor swasta. Ini adalah satu sejarah dalam pembentangan bajet negara!"

Tambahnya, RM1,500 bukannya banyak dan tidak cukup pun untuk makan sebulan tetapi ia akan membuatkan kakitangan swasta rasa dihargai.

Beliau berkata, kalau ada 1 juta kakitangan awam yang BN berhajat kepada undi mereka, jangan lupa di sana paling kurang ada 3 juta lagi pekerja swasta.

“Tiga juta ini sedang memerhatikan dan menilai lantas nanti mereka akan membuat keputusan atas kertas undi.

“Jangan sampai mereka rasa bahawa mereka adalah warga kelas 3,” ujar beliau lagi. – HARAKAHDAILY 30/10/2017