26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Mana hasil projek ladang herba ECER?

Berita
Typography

PROJEK tanaman herba secara komersial di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun yang dijangka mengeluarkan hasil tahun lepas sehingga kini belum menampakkan produknya.

Sekarang sudah tiga tiga tahun herba ditanam di kawasan seluas 400 hektar yang diserahkan kepada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Difahamkan projek itu kemudian dipajakkan pula kepada syarikat Bioalpha Holdings Bhd bagi mengusaha ladang herba tersebut.

HerbaECER 1Mengikut perancangan awal ia dijangka mengeluarkan herba bernilai RM1 juta pada akhir 2016. Sekarang 2017 sudah berada di penghujung namun ladang herba itu belum menghasilkan pulangan.

Adun Rantau Abang, Alias Harun berkata, tanaman herba terbabit tidak memberi hasil pulangan yang sepatutnya kepada kerajaan negeri.

“Projek ini sepatutnya tidak diteroka sejak awal lagi. Kerajaan negeri menumpu pelaburan dalam industri sedia ada seperti kelapa sawit.

“Habis tanah kita beri kepada agensi atau syarikat tetapi kerajaan negeri tidak ada apa-apa pulangan,” katanya ketika meninjau projek tersebut semalam.

Hadir sama pada tinjauan itu Adun Sura, Wan Hapandi Wan Nik.

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebelum ini menjelaskan projek itu melibatkan tanaman herba seperti tongkat Ali dan kacip Fatimah di kawasan seluas 283.28 hektar. – HARAKAHDAILY 30/10/2017

(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)