18
Thu, Jul
47 Artikel Baru

Pergiat dakwah di Felda

Berita
Typography
PAYA BESAR: Masjid Al Hidayah Felda Panching Timur telah menganjurkan kuliah muslimat dalam usahanya memakmur dan mendekatkan masjid kepada semua golongan.
 
Imam Masjid Al Hidayah Felda Panching Timur, Ustaz Hairy Fahmy Sulaiman Kahar berkata, dalam masyarakat sekarang terdapat jurang besar untuk menghadiri aktiviti-aktiviti di masjid waima solat berjamaah.
 
Katanya, dengan mengadakan kuliah berkonsep santai, diharap anak-anak muda tidak kira lelaki atau perempuan, berkemahuan untuk memakmurkan program masjid-masjid. 
 
Dalam pada itu,Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya yang dijemput memberi pengisian pada kuliah tersebut teruja dimaklumkan masjid tersebut menganjurkan kuliah muslimat setiap dua minggu sekali itu.
 
Menurutnya, masyarakat Felda kini kebanyakannya, amat kurang penghayatan kepada program-program keagamaan yang menuntut program seperti itu diperbanyakkan.
 
"Saya suka melihat kehadiran peserta-peserta kuliah muslimat hari ini, bukan sahaja makcik-makcik yang hadir, tapi anak muda juga ada sekali. Program dakwah seperti ini perlu diperbanyakkan di Felda-Felda.
 
"Kerana hari ini kita mendengar dan melihat, masyarakat Felda mudah terdedah atau terpengaruh dengan penyakit sosial. Dadah, sumbang mahram, kelahiran anak tidak sah taraf dan sebagainya.
 
"Jadi, saya harapkan, semua pihak terutamanya badan-badan di dalam PAS, tidak jemu untuk mempelbagaikan program dakwah fokus kepada semua peringkat umur," seru beliau ketika kuliah itu semalam.
 
Ustaz Tarmizi juga mengharapkan masyarakat di Felda akan lebih bijak untuk memilih wakil rakyat, bukan hanya terus berpegang kepada omongan kosong kerajaan. - HARAKAHDAILY 2/11/2017