19
Thu, Sep
32 Artikel Baru

Isu kediaman ala chalet untuk seorang penghuni

Berita
Typography

PAS cuba difitnah dan diburuk-burukan dari pelbagai sudut dan ruang khususnya daripada penyokong PAN. Tidak kira kecil atau besar termasuk isu chalet yang dibina khusus untuk kediaman seorang penghuni di Dun Panchor.

Oleh itu Majlis Tindakan Dun Panchor tampil memberikan penjelasan akan fitnah tersebut melalui facebook mereka. Yang berikut penjelasan mereka;

Kami menerima beberapa aduan dan pertanyaan pagi ini tentang satu posting yang dibuat oleh budak nakal dari PAN yang sentiasa berbaju oren 24 jam tidak kira masa bernama Abdullah Zawawi Wahab yang memperlekehkan sebuah rumah kecil yang dibina pada tahun 2011 di DUN Panchor.

https://www.facebook.com/dunpanchor/posts/726122104247392

Rekabentuk rumah ini adalah hasil perbincangan antara penghuni (Pak Su Li), keluarga beliau, jiran tetangga dan orang kampung kerana Pak Su Li ketika itu tidak dapat bergerak seperti biasa dan sukar walaupun untuk ke tandas.

Inisiatif ini dimulakan AJK PAS Cawangan Panchor, saudara Mohd Zaki Bin Husin, yang mengusahakan kerja-kerja besi dan kimpalan. Pertukangan semuanya dilakukan dengan gotong-royong orang kampung. Manakala, Kerajaan Negeri melalui PKINK memberikan sumbangan berbentuk bahan binaan.

Pak Su Li sebelum ini menginap di sebuah bilik usang yang hampir roboh. Serta sukar untuk menunaikan ‘hajat’.

Kos pembinaan kediaman ala chalet ini, lengkap bilik air, hanya menelan belanja RM9,000 sahaja. Sesuai dengan hanya Pak Su Li seorang sahaja yang menghuninya dan memudahkan beliau akses kepada tandas serta capaian lain barangan di dalamnya. Walaupun 6 tahun berlalu, Pak Su Li amat menghargai sumbangan ini dan penuh bermakna buat beliau serta orang kampung.

Berita tentang perasmian oleh YB Ustaz Dato’ Nik Amar pada 2011 dahulu ada dipaparkan di http://dunpanchor.com/rumahpaksuli . Bagi yang ingin melihat dan berkunjung sendiri, GPS 6.136314, 102.305689.  – HARAKAHDAILY 4/11/2017