26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Kongsi rasa kehilangan Ustaz Salleh Adam

Berita
Typography
KANGAR: Rasa kehilangan atas pemergian Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis, Ustaz Salleh Adam oleh kaum keluarganya turut dikongsi Dewan Muslimat PAS Kawasan Kangar.
 
Sehubungan itu, ziarah mengunjungi isteri almarhum, Azizah Lebai Yahaya telah diadakan di kediamannya di Kampung Sempering, di sini semalam.
 
Rombongan tersebut diketuai Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Kangar, Haton Osman bersama Ahli Jawatan Kuasa Muslimat PAS Kawasan.
 
Dalam kunjungan tersebut mereka turut menyampaikan sumbangan kepada Azizah disamping turut mendengar taujihat sedta pesanan perjuangan darinya.
 
Pada kesempatan itu, rombongan Muslimat PAS Kangar turut menziarahi isteri bekas calon Dun Sena, Ustaz Othman Abdullah. - HARAKAHDAILY 4/11/2017