21
Mon, Oct
21 Artikel Baru

Peneroka Felda kecewa hak dinafikan

Berita
Typography
DUNGUN: Peneroka Felda Jerangau kecewa kerana dinafikan hak penerimaan insentif RM5,000 dan dana raya untuk mereka sebagaimana diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
 
Salah seorang peneroka, Semi Zangi berkata, insentif dan dana itu sepatutnya diagihkan kepada setiap peneroka, tetapi malangnya masih ada yang belum menerimanya atas alasan tidak munasabah.
 
"Pihak atasan Felda perlu mengambil 'cakna' perkara ini kerana ianya bertentangan dengan apa yang telah diumumkan oleh kerajaan. Jangan kerana berlainan fahaman politik ada yang dizalimi," tegas Semi.
 
Seorang lagi yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Wan di mana telah kematian kedua orang tuanya iaitu peneroka asal turut melahirkan kekecewaan beliau berkenaan perkara tersebut.
 
"Kak Wan pernah ke Pejabat Felda untuk bertanyakan perkara ini. Alasan yang diberikan oleh pegawai bertugas ketika itu adalah kerana Kak Wan tidak menyerahkan pengurusan tanam semula sawit kepada Felda.
 
"Peneroka yang mengusaha sendiri ladang sepatutnya dibantu bukan dianaktirikan," ujar beliau kesal terhadap perkara itu. - HARAKAHDAILY 4/11/2017