26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Golongan veteran mata rantai perjuangan

Berita
Typography

GOLONGAN veteran PAS (assabiqun) yang berusia 60 tahun ke atas kini berjumlah 300,000 orang boleh menjadi mata rantai bagi memperkuatkan parti terbabit.

Veteran PAS, Subky Abdul Latif berkata, assabiqun sebagai pelengkap kepada parti dan mereka boleh memberi pandangan kedua.

Di samping itu katanya mereka boleh menegur kepimpinan parti dan bukan bertujuan merosakkan perjuangan.

“Assabiqun mampu berperanan menghalang ahli keluar serta mengembalikan ahli yang keluar parti kembali semula kepada perjuangan asal,” katanya ketika melancar Kelab Assabiqun PAS Pahang di Kuantan

Subky yang juga pengasas akhbar Harakah berkata, assabiqun merupakan sebahagian daripada satu juta ahli PAS yang terdapat di seluruh negara sekarang.

Hadir sama pada program itu Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abd Jabar, ahli jawatankuasa Perhubungan PAS Pahang, Sulaiman Md Derus dan Setiusaha Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Juniadi Ishak. – HARAKAHDAILY 6/11/2017