20
Thu, Jun
42 Artikel Baru

Jejak Prihatin bantu penduduk setempat

Berita
Typography
ARAU: PAS Kawasan Arau telah menjadi jambatan kepada pihak penderma untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan menerusi Jejak Prihatin.
 
Perhatian Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli membolehkan program kemanusiaan itu dijayakan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) di Masjid Darul Salam, Padang Keria, di sini kelmarin.
 
Seramai 250 penduduk terdiri dari warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan miskin terpilih menerima sumbangan berupa keperluan dapur dan kewangan.
 
Sumbangan dibiayai Syarikat Etiqa Takaful Insurans itu berhasrat meringankan beban dihadapi golongan tersebut dalam mengharungi kehidupan harian.
 
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Arau berkata, program tersebut bertujuan membina hubungan antara penderma dan penerima sumbangan.
 
Tambahnya, melalui penyaluran bantuan kemanusiaan itu diharap dapat mengurangkan penderitaan golongan tersebut dalam kawasan itu. - HARAKAHDAILY 6/11/2017