20
Thu, Jun
39 Artikel Baru

Pahang hantar 100 petugas ke Pulau Pinang

Berita
Typography

SERAMAI 100 anggota Khidmat Malaysia serta Jabatan Amal PAS Pahang akan dikerah bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar berkata, bantuan kewangan dan barangan akan dihantar secepat mungkin.

Katanya, bantuan tenaga sukarelawan juga akan digerakkan untuk membersihkan kawasan bencana pasca banjir di negeri tersebut.

“PAS Pahang akan menghulurkan bantuan awal kepada mangsa banjir Pulau Pinang serupa seperti yang dilakukan kerajaan Kelantan.

“Bantuan itu dalam bentuk kewangan dan barangan seperti selimut, tikar dan sebagainya akan diserahkan kepada mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga anggota Jabatan Amal PAS Pahang akan bertolak ke Pulau Pinang dalam masa terdekat. – HARAKAHDAILY 6/11/2017

Pahang bantu Penang