18
Wed, Sep
21 Artikel Baru

Latihan memanah tawaran PASTI Smart Aulad

Berita
Typography
KANGAR: Latihan memanah bakal menjadi satu lagi ko-kurikulum yang dipraktikkan kepada semua pelajar rangkaian PASTI Smart Aulad (PSA) Negeri Perlis pada tahun hadapan.
 
Walaupun baharu diperkenalkan pada tahun ini, latihan memanah itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa yang mahu anak mereka terdedah dengan sukan sunnah tersebut. 
 
Pengenalan kelas tersebut sememangnya membuahkan hasil apabila 85 pelajar dari PSA telah mengambil bahagian pada pertandingan memanah di D' Futsal Batu Dua, di sini kelmarin.
 
Pertandingan tersebut bertujuan memupuk keyakinan, fokus serta persaingan sihat anak-anak PASTI di mana hadiah telah disampaikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar, Dr Saifizi Saidon.
 
PASTI seluruh negeri Perlis masih membuka pendaftaran untuk sesi kemasukan 2018 dan maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi 019-455 5246 (Padang Besar), 013-404 4570 (Kangar) dan 019-560 6077 (Arau). - HARAKAHDAILY 6/11/2017