22
Tue, Oct
28 Artikel Baru

Ziarah Medik khidmat PAS kepada warga emas

Berita
Typography
KANGAR: PAS Kawasan Kangar meluaskan usaha kebajikan kepada masyarakat dalam kawasan itu khususnya kepada golongan warga emas dengan mengadakan program Ziarah Medik.
 
Dikendalikan oleh pasukan petugas perubatan Dewan Pemuda PAS Kangar, mereka berziarah dari rumah ke rumah warga emas mengadakan pemeriksaan percuma dan sumbangan ubatan sekadarnya.
 
Antara rutin pemeriksaan kesihatan dilakukan pasukan itu adalah tekanan darah, kandungan gula, jantung dan lain-lain mengikut keadaan warga emas yang dikunjungi.
 
Diketuai Timbalan Yang Dipertua PAS Kangar, Wan Hassan Ismail bersama pasukan itu semalam mengadakan khidmat di sekitar Kampung Guar Syed Alwi dan Taman Jali, di sini semalam.
 
Pada kunjungan itu mereka turut berkesempatan menziarah dan memeriksa mantan Bendahari Dun Indera Kayangan, Talib Omar yang mengalami masalah kesihatan dan pendengaran.
 
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Kangar, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil, ziarah bersama pasukan doktor itu juga telah dapat memasyarakatkan PAS.
 
Terangnya, perkhidmatan diberikan kepada semua tanpa mengira latar belakang politik dan usaha itu menjadi sebahagian rutin PAS Kawasan tersebut. - HARAKAHDAILY 6/11/2017