18
Wed, Sep
30 Artikel Baru

Pemuda Terengganu bersiap ke Pulau Pinang

Berita
Typography

PEMUDA PAS Terengganu turut bersiap sedia mengerahkan tenaga bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Ustaz KamaruzzamanKetuanya, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah berkata, Pemuda PAS Terengganu bersiap sedia membantu kerajaan Pulau Pinang yang teruk dilanda banjir sekarang.

“Sekarang kita sedang menunggu arahan daripada pihak atasan untuk bertolak bagi membantu mangsa banjir besar di Pulau Pinang.

“Bantuan diberi atas dasar kemanusiaan meski pun Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini lantang mengkritik PAS termasuk kepimpinan kerajaan PAS Kelantan,” katanya di Kuala Terengganu. – HARAKAHDAILY 6/11/2017