18
Wed, Sep
34 Artikel Baru

Jelajah Tawan Kemaman penuhi misi PAS Teengganu

Berita
Typography
KEMAMAN: Program Jelajah Tawan Kemaman oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman telah berjaya mencapai matlamat-matlamat penganjurannya.
 
Menerusi program tersebut, bukan sahaja menyuntik semangat dan kesepaduan hubungan para amilin dan pimpinan, malah menyemarakkan hubungan PAS dengan masyarakat.
 
Pada siri program dijalankan, para peserta mendapat pengisian padat menerusi taujihat disampaikan para pimpinan, selain turut serta paa ziarah kebajikan menemui penduduk.
 
Aturcara sama turut berlangsung dengan pengisian oleh Ketua Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Ramlan Mahmood dan Timbalan Pengarah MTD Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili di seluruh UPU dalam Dun Kemasik, kelmarin.
 
Malah, jelajah itu juga berkesempatan menziarahi 15 keluarga kurang berkemampuan disamping mencerap pelbagai isu dan permasalahan penduduk setempat.
 
Menurut Ustaz Ramlan, jelajah itu sebagai usaha menyahut moto "Lok Koho Punoh" dan "Awok Kita Boleh Harap" serta menerangkan 15 manifesto awal PAS Terengganu.
 
Hadir sama Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat; Ketua Pemuda Kemasik, Zaidi Salleh dan Ketua Ameerah Kemasik, Nur Izana Alisah. - HARAKAHDAILY 6/11/2017