18
Wed, Sep
33 Artikel Baru

Daftar pemilih: Sudah sampai masanya automatik

Berita
Typography

AHLI Parlimen Kota Bharu DatUK Takiyuddin Hassan membangkitkan persoalan tentang langkah yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggerakkan proses pendaftaran sebagai pemilih agar ia berjalan lancar.

Ini kerana menurut beliau sebelum pilihan raya negara yang pertama pada tahun 1959, SPR telah menubuhkan satu badan di peringkat negeri untuk menjalankan kempen pendaftaran.

"Ia telah berjalan selama 74 hari secara aktif sehingga berjaya mendaftarkan 22 peratus pengundi daripada keseluruhan penduduk Federation of Malaya pada masa itu. Jikalau kita banding dalam tahun 1959 boleh buat perkara sedemikian, saya rasa tidak ada sebab pada masa ini kita tidak boleh menyediakan mekanisme yang berkesan untuk perkara yang sama," ujar beliau dalam sidang Perbahasan Bajet 2018 di parlimen petang tadi.

Di kesempatan itu Takiyuddin turut mengajukan persoalan bilakah kerajaan ingin melaksanakan sistem daftar pemilih secara automatik kepada semua rakyat Malaysia yang mencapai umur genap 21 tahun.

"Kita boleh sifatkan bahawa sudah sampai masanya untuk sistem automatik ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung PAS itu. – HARAKAHDAILY 6/11/2017