26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Dapur Rakyat bekal makanan untuk mangsa banjir

Berita
Typography
KEPALA BATAS: Kepayahan mangsa banjir yang pulang ke rumah dalam keadaan kediaman berselut, kotor dan belum sempat dicuci, menjadikan sumbangan 'Dapur Rakyat' sangat bermakna untuk mereka.
 
Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dr Azman Ibrahim telah mengarahkan petugas Khidmat Malaysia Pulau Pinang untuk  mewujudkan 'Dapur Rakyat' iaitu sumbangan makanan bermasak kepada mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing.
 
Menurutnya, peringkat awal tersebut sebanyak lima Dapur Rakyat diwujudkan di bawah Khidmat Malaysia dan PAS Pulau Pinang.
 
Dr Azman juga memberitahu, Khidmat Malaysia akan berada dalam keadaan 'standby' dan bersiap-sedia selagi musim tengkujuh belum berakhir.
 
"Ini baru permulaan, akan ada gelombang banjir untuk siri-siri yang seterusnya.
 
"Insya-Allah, selagi negeri-negeri lain tidak dilanda banjir, kita akan kumpul tenaga petugas untuk membantu negeri-negeri yang terlibat," kata beliau di Pusat Tarbiyah PAS Pongsu Seribu, di sini. 
 
Pejabat PAS Negeri Pulau Pinang itu dijadikan Pusat Operasi Banjir Khidmat Malaysia petang semalam. - HARAKAHDAILY 7/11/2017