19
Thu, Sep
32 Artikel Baru

39 ajaran, fahaman dan amalan di Selangor sesat

Berita
Typography

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, terdapat lebih kurang 39 ajaran, amalan dan fahaman yang menyeleweng dan sesat telah difatwakan di negeri Selangor.

Katanya, hanya 19 ajaran direkodkan masih aktif  dan pada tahun 2017, kerajaan negeri merekodkan 246 tangkapan berbanding tahun 2016 mencatatkan 31 tangkapan dan 75 tangkapan pada tahun 2015.

Beliau berkata, penduduk Selangor dari pelbagai negeri dan rakyat asing maka usaha membanteras ajaran sesat mengambil masa yang lama dan memerlukan kerjasama berterusan pelbagai pihak.  

"Senarai ajaran sesat yang masih aktif ialah golongan anti hadis; ajaran Qadiani / Ahmadiah; fahaman syiah; pemikiran liberalisme dan pluralisme agama; Hizbut Tahrir; ajaran Islam Jamaah; ajaran kumpulan Negara Islam Indonesia (NII); ajaran Millah Abraham; ajaram ilmu Hakikat Hassan bin Jonit; Al-Arqam/Rufaqo'. – HARAKAHDAILY 7/11/2017

Laporan penuh dalam Harakah yang akan datang