26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Isu Zakir Naik: Semuanya ikut prosedur rasmi

Berita
Typography

PENDAKWAH Antarabangsa Dr Zakir Naik telah mendapat kad pengenalan tetap atau permit masuk negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya yang juga Menteri Dalam Negeri, pemberian tersebut dilakukan secara teratur dengan mengikut prosedur setelah subjek memiliki permit masuk yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

"Ertinya Jabatan Imigresen memberikan permit masuk dan Jabatan Pendaftaran Negara memberikan kad pengenalan permastautin tetap," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat dasar bagi Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, katanya kerajaan sentiasa memantau aktiviti  Zakir di mana sekalipun beliau berada.

Katanya, kerajaan akan mengambil tindakan sekiranya beliau didapati terlibat dengan aktiviti keganasan atau perkara yang menyalahi undang-undang.

"Setakat ini beliau tidak terlibat dalan kedua-dua ketegori itu," jelasnya. – HARAKAHDAILY 8/11/2017