Adun Gual Periuk terima anugerah Dato’

Berita
Typography

PANGLIMA Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Azizan Nd Delin mengetuai senarai 624 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-48 Sultan Muhammad V hari ini.

Azizan dianugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (S.P.K.K).

Selain itu tiga orang menerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi l) (S.P.K.K).

Penerima berkenaan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Setia Mohd Zawawi Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Dato’ Sri Alias Ahmad dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Nik Kazim Nik Yusof.

Dua penerima lagi menerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.P.M.K.).

Penerimanya, Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris dan Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Dato’ Hasanah Ab. Hamid.

Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang dianugerahkan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Penerima lain anugerah yang sama antaranya Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Jemaah Ulama Maik, Wan Hassan Wan Muhammad.

Seramai 193 menerima empat pingat, iaitu Pingat Bakti (P.B), Pingat Setia Mahkota Kelantan (P.S), Pingat Ta'at (P.T) dan Pingat Perangai Baik (P.P.B).

Sembilan lagi menerima pelantikan Jaksa Pendamai dan tiga menerima surat kepujian.
Pengumuman penerima darjah kebesaran itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Faudzi Che Mamat pada sidang media di Istana Balai Besar, Khamis lepas.  

Anugerah darjah kebesaran itu disampaikan Pemangku Raja Kelantan pada istiadat yang diadakan Istana Balai Besar hari ini.

Sebelum itu baginda melakukan pemeriksaan perbarisan pasukan keselamatan dan pelbagai kontijen yang diadakan di Padang Merdeka. – HARAKAHDAILY 11/11/2017