Mangsa ribut Felda Panching Timur dibantu

Berita
Typography
PAYA BESAR: Ribut luar biasa dan hujan lebat hingga menyebabkan kediaman penduduk mengalami kerosakan telah mendapat perhatian Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya.
 
Bersama Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang, Johari Abdul Wahid, beliau telah meluangkan masa menziarahi mangsa ribut di Felda Panching Timur, di sini kelmarin.
 
Dalam kejadian sekitar jam 4.15 petang itu, sebanyak 12 rumah dilaporkan telah mengalami kerosakan dan pada ziarah dilakukan, Ustaz Tarmizi telah menyampaikan sumbangan daripada Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar (TPR).
 
Menurut beliau, sumbangan kepada mangsa itu bagi meringankan beban yang ditanggung di mana PAS Paya Besar amat prihatin dengan kejadian tersebut. 
 
Beliau juga mengarahkan PAS Cawangan Felda Panching Timur untuk membaiki sepenuhnya atap terutamanya rumah yang terjejas teruk akibat kejadian berlaku itu.
 
Ustaz Tarmizi juga menyeru orang ramai yang ingin menyumbang untuk mangsa ribut atau untuk kebajikan TPR, boleh menghubungi 'hotline' TPR di talian 016-2640448 atau terus disalurkan ke akaun Maybank Tabung Prihatin Rakyat Paya Besar - 5562 2640 4572. - HARAKAHDAILY 11/11/2017