Hi-Tea Dun Kemasik isi dana PRU14

Berita
Typography
KEMAMAN: PAS Dun Kemasik telah menganjurkan majlis 'hi-tea' dalam usaha meningkatkan dana PRU14, sekali gus memastikan sumbangan kemenangan ke arah merealisasikan pemerintahan Kerajaan Negeri Terengganu menjadi milik PAS.
 
Majlis yang menghidangkan menu utama Nasi Dagang dan kuih muih tradisi Terengganu itu telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor dan berlangsung di PASTI Ar-Rahman, Kerteh di sini Jumaat lalu.
 
Sanusi dalam ucapannya menekankan kepentingan menggerakkan seluruh ahli keluarga terdekat untuk turut sama menyumbang peranan kepada perjuangan Islam.
 
Selain itu beliau turut menyentuh peranan Muslimat, selain kaum Muslimin juga untuk bekerja kuat dan melipatgandakan gerak kerja bagi memastikan kemenangan PRU.
 
"Dalam perjuangan, yang kita cari dan wajib dapatkan adalah keredaan Allah dan keberkatan darinya, bukan mencari 'glamour' dan mengejar jawatan," nasihat beliau.
 
Yakininya, pendekatan BPMS digerakkan PAS mampu menarik pengundi termasuk Umno di mana PRU14 bakal menyaksikan 'Tsunami Melayu' berlaku.
 
Pada majlis tersebut pihak penganjur turut berkesempatan menyerahkan bantuan melanjutkan pengajian kepada Abdul Hannan Mohd Anuar setelah bercuti dari pengajiannya di Universiti Malaysia Perlis kerana menjaga ayahnya yang diserang strok.
 
Hadir sama Yang DiPertua PAS Kemaman, Ustaz Alias Hamid; Bekas Puteri Umno Klang, Wan As-Shima Kamaruddin dan Pengarah MTD Kemasik, Amri Mamat. - HARAKAHDAILY 11/11/2017