Banjir: Mahasiswa Gamis sertai Operasi CnC

Berita
Typography

SEMALAM memimpin sukarelawan adik-adik mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam Operasi CnC (clean & clear) di bawah seliaan Jabatan Amal Malaysia.

Bertempat di kawasan Jelutong mereka diberi tugas membantu anggota Amal membersihkan kawasan kampung yang terjejas terutama membersihkan sampah dan peralatan yang rosak serta membantu penduduk membersihkan rumah mereka.

Mahasiswa perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam isu-isu masyarakat, mereka perlu lebih banyak ruang dan merasai pengalaman dalam permasalahan rakyat terutama ketika menghadapi situasi bencana alam kali ini.

Terima kasih kepada pihak Persatuan Belia Prihatin Bangi, Masjid Al-Hasanah dan Gabungan Masjid Surau Bangi kerana memberi tajaan dan ruang kepada sukarelawan ini berkhidmat di situ.

Semoga semua yang terlibat mendapat kebaikan atas segala amalan yang dilakukan sepanjang hari. - HARAKAHDAILY 12/11/2017

banjir6

banjir7

banjir8