HAT17 satukan sokongan perantau kepada PAS

Berita
Typography
SERDANG: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) telah mengadakan pertemuan dengan anak perantauan Terengganu yang tinggal disekitar Lembah Klang, di Dewan Laman Anggerik, Bandar Baru Bangi, di sini semalam.
 
Himpunan Anak Terengganu Di Perantauan (HAT17) itu yang diadakan dengan kerjasama NGO Perantau Terengganu (Perantau) telah berjaya mengumpulkan kira-kira 1,000 anak perantauan Terengganu.
 
Majlis dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu turut menyaksikan manifesto PRU14 PAS Terengganu dibentangkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak.
 
Manakala pandangan awal manifesto itu telah dihurai wakil Institut Kajian Polisi BPPNT, Ustaz Zul Hilmi Abd Rahman, selain pembentangan oleh Setiausaha Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat, Nur Khuzaini Ab Rahman.
 
Sesi soal jawab juga dibuka kepada hadirin dengan panelis membariskan Tuan Guru Abdul Hadi; Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Husein Awang; Dr Alias dan Timbalan Presiden Perantau, Mohd Shuhaimi Embong.
 
Terdahulu acara futsal turut diadakan pada sebelah pagi dalam mengeratkan hubungan bersama generasi muda dan penyampaian hadiah disempurnakan Dato' Husein. - HARAKAHDAILY 12/11/2017