Ameerah Terengganu sertai Misi Kemanusiaan PASRelief

Berita
Typography
KUALA TERENGGANU: Misi Kemanusiaan Rohingya diharap dapat menggerakkan hati-hati umat Islam khususnya dan pejuang kemanusiaan di seluruh dunia supaya memberi perhatian kepada etnik Rohingya yang tertindas di Myanmar.
 
Pengarah Ameerah Negeri Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, beliau bersama dengan pasukan PAS Relief Terengganu akan berangkat ke Kem Pelarian Rohingya di Balukhali, Cox Bazar, Bangladesh, pada malam ini.
 
“Saya mewakili Ameerah Terengganu dan wanita muda PAS membawa suara anak muda yang cintakan kedamaian dan cakna kepada umat Islam serata dunia dengan memikul amanah yang besar untuk disampaikan kepada saudara kita di sana.
 
“Dan terima kasih tidak terhingga kepada semua dermawan di atas segala sumbangan yang diberi serta doa tidak putus-putus yang begitu menyentuh jiwa,” katanya.
 
Delegasi seramai 17 petugas diketuai Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor membawa misi bantuan kali ini bermula esok hingga 17 November. - HARAKAHDAILY 12/11/2017