Khidmat Pahang bersiap hadapi musim tengkujuh

Berita
Typography

BAGI menghadapi musim tengkujuh sekarang Khidmat Malaysia Pahang membuat persiapan awal di samping mengarahkan setiap kawasan parlimen turut bersiap sedia.

Pengarahnya, Ustaz Yohanis Ahmad Aneq berkata, taklimat khas mengenainya juga sudah diadakan yang hadiri Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Katanya, taklimat prosedur standard operasi (SOP) pengurusan bencana banjir diadakan bertujuan mendedahkan pengetahuan kepada anggota bagi meningkatkan kecekapan.

“Khidmat Pahang memperlengkapkan anggota dengan kemahiran penggunaan radio amatur sebagai media perhubungan ketika bencana berlaku.

“Kita doakan semoga banjir tidak berlaku, namun kita perlu bersiap siaga kerana kebiasaannya banjir berlaku hujung tahun,” katanya di Mentakab.- HARAKAHDAILY 13/11/2017