Retorik Umno-BN konon pertahan Islam

Berita
Typography

PARTI yang menerajui negara sekarang disaran menghentikan retorik politik kononnya mempertahan Islam sedangkan apa yang berlaku di bawah tidak begitu.

Yang Dipertua Persatuan Kasih Anak Yatim Malaysia, Dr Zulkeflee Yaacob berkata, Umno yang menguasai politik negara sejak merdeka sehingga sekarang seperti membiarkan pihak lain memperlekehkan Islam.

“Pemimpin ada kuasa tetapi lemah dalam diplomasi sehingga Islam dibiarkan diperlekeh Islam pihak lain,” katanya di Kota Bharu.

Baru-baru ini Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendedahkan terdapat aduan kakitangan hotel mengenai diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarah menanggalkan tudung.

Menurut laporan itu larangan yang sama turut dikenakan terhadap pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan bagi melengkapkan latihan amali.

Dr Zulkeflee juga berkata, umat Islam semakin hilang sabar apabila ada pihak berterusan mencabar amalan agama Islam. - HARAKAHDAILY 13/11/2017