Banjir: Hampir 7 tan makanan dari Chukai ke P.Pinang

Berita
Typography

HAMPIR tujuh tan makanan dan keperluan harian dibawa dari Chukai, Kemaman bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang.

Bantuan itu diusahakan Adun PAS Chukai, Hanafiah Mat. Beliau bersama 19 sukarelawan Khidmat Malaysia membawa bantuan itu ke Pulau Pinang dengan sebuah lori, dua pacuan empat roda dan sebuah van.

Hanafiah berkata, barangan yang dibawa iaitu 600 kampit beras, gandum, gula, minyak masak dan 12 dozen sabun untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Alhamdulillah sumbangan yang kami bawa diserah kepada Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Fauzi Mohd Yusof dan agihan dibuat dari rumah ke rumah,” katanya di Pulau Pinang.

Menurutnya penduduk di Jelutong dan Datuk Keramat yang terjejas akibat banjir baru-baru ini menerima kehadiran petugas PAS dari Terengganu. – HARAKAHDAILY 13/11/2017