Seramai 459 bergraduat PASTI Kangar dan Arau

Berita
Typography
KANGAR: Majlis Konvokesyen PASTI di dua kawasan negeri ini melibatkan 459 pelajar telah berlangsung bagi Kawasan Kangar di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis, manakala Arau di Balai Islam MADI, masing-masing kelmarin dan semalam.
 
Seramai 234 pelajar bagi kawasan Kangar dan 225 pelajar dari kawasan Arau telah dirai pada majlis tersebut dan menerima sijil tamat pengajian serta anugerah-anugerah khas.
 
Acara perasmian telah disempurnakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perlis, Baharudin Ahmad untuk sidang pertama, manakala Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kangar, Wan Hassan Ismail telah merasmikan sidang kedua majlis bagi Kawasan Kangar.
 
Untuk Kawasan Arau pula, acara perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Perlis, Russele Eizan.
 
PASTI Kawasan Kangar telah menobatkan Dhia Nur Qistina Yusri dari Pasti Smart Aulad (PSA) Taman Utama sebagai pelajar terbaik untuk 5 tahun, sementara Nuha Zahra Mohamad Fauzi pelajar terbaik 6 tahun dari PSA Al Irsyad.
 
Pelajar terbaik PASTI Kawasan Arau pula ialah Dayyan Ifwat Mohd Fikry Hidayat daripada PASTI Al-Huda, Pauh Putra bagi kategori umur 5 tahun dan Muhd Danial Amsyar Mohd Izam daripada PASTI Al-Furqan, Taman Pauh Indah untuk kategori umur 6 tahun). - HARAKAHDAILY 13/11/2017