Loji rawatan air North Hummock sumber air Meru

Berita
Typography

PENGERUSI Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib memaklumkan loji rawatan air North Hummock di Meru mendapat bekalan air mentah dari empangan tasik Subang.

Loji itu katanya membekalkan air ke sebahagian kawasan Meru dengan kapasiti pengeluaran semasa sebanyak 15 juta liter melalui paip utama bersaiz 500mm dari kolam air bersih ke kawasan agihan di pekan Meru.

Manakala kolam air Lam Bee yang menjadi sumber bekalan air yang utama ke kawasan Meru dengan reka bentuk kapasiti simpanan sebanyak 19 juta liter.  

"Kolam ini mendapat bekalan air dari sumber Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan 2 yang mendapat bekalan air mentah dari Sungai Selangor," ketika menjawab soalan daripada Adun Meru-PAS, Dr Abdul Rani Othman di sesi soal jawab lisan sidang Dewan Negeri Selangor.

Berdasarkan rekod loji North Hummock membekalkan air untuk kawasan Meru berjumlah 4,430 akaun manakala untuk kolam air Lam Bee pula membekalkan air sebanyak 28,820 akaun untuk kawasan Kapar dan Meru," katanya.

Beliau berkata, bekalan air ke kawasan Meru disalurkan dari loji Rawatan Air North Hummock dan dari sumber bekalan SSP1 dan SSP2.

Katanya, gangguan pengeluaran atau penggurangan bekalan air dari Loji rawatan air utama yang disebabkan oleh kes pencemaran sumber air mentah atau pengurangan kadar aliran dari sungai.

"Gangguan bekalan elektrik ke atas pemasangan atau penambahbaikan rumah pam dan loji rawatan air.

Kerosakan kepada pepasangan injap kawalan tekanan atau pada pepasangan injap di sepanjang jajaran tersebut sebagai contoh injap jatuh, injap tersekat, pecah dan bocor," katanya.

Beliau berkata, perancangan menambahbaik bekalan selain program penggantian paip ialah dengan melaksanakan program pembentukan zon kawalan meter `District Metering Zone (DMZ) atau zon Pemantauan Tekanan `Pressure Monitoring Zone (PMZ) bagi kawasan yang kritikal dan berada di luar liputan DMZ.

"DMZ/PMZ akan dipasang meter dan juga injap kawalan tekanan untuk mengurangkan tekanan air ke tahap optimum. Langkah ini akan dpat mengurangkan masalah paip pecah yang disebabkan oleh tekanan air yang tinggi dan keadaan paip yang uzur, katanya. – HARAKAHDAILY 14/11/2017