20
Thu, Jun
40 Artikel Baru

Ekonomi Kelantan turut disumbang wanita

Berita
Typography

WANITA Kelantan telah menyumbang 39.04 peratus kepada ekonomi negeri dalam sektor perkhidmatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Datuk Anuar Tan Abdullah, berkata pencapaian itu hampir separuh KDNK negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan pada sidang Dun Kelantan.

Jawapan berkenaan sebagai respon soalan yang dikemukakan Datuk Mohamad Awang (PAS-Gual Periok) yang ingin tahu sejauhmana keberkesanan program pembangunan usahawan yang disediakan kerajaan untuk mereka.

Beliau memberitahu, wanita Kelantan memang hebat.

Katanya, keupayaan mereka dalam perniagaan sama ada sebagai pengusaha, usahawan dan lain-lain perniagaan membuatkan ekonomi Kelantan datangnya dari usaha mereka.

"Kerana kehebatan itu Presiden Kafa telah dimenangi seorang wanita dan ia sebagai yang pertama di Kelantan dan Malaysia.

 "Begitu juga Datuk Seri Vida juga orang Kelantan yang telah berjaya dalam perniagaannya," ujarnya.

 Katanya, mungkin ramai lagi Datuk Seri Vida di Kelantan, namun ia tidak begitu dikenali.

Menjawab soalan, katanya kerajaan negeri melalui Urusetia Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) dan agensi di bawahnya telah membuat pelbagai kursus dan bengkel untuk masyarakat Kelantan.

Katanya, kursus buat duit dari rumah, bengkel jahitan dan kemahiran pemprosesan diadakan untuk membantu golongan wanita dan belia maju sebagai usahawan. – HARAKAHDAILY 22/11/2017