20
Thu, Jun
40 Artikel Baru

Pasar Siti Hajar: Adun PAN buat gempak

Berita
Typography

DAKWAAN pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) kononnya tiada pemimpin kerajaan negeri turun padang menangani isu Pasar Siti Hajar dianggap tidak berasas.

Sedangkan sebelum ini majlis dialog diadakan bersama Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika program pemukiman Menteri Besar di Pasir Puteh.

Malah anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood beberapa kali meninjau pasar baharu tersebut di Pasir Puteh Sentral.

Abdul Fattah berkata, pemimpin kerajaan negeri sudah acap kali turun padang menangani isu Pasar Siti Hajar.

Namun maklumat itu tidak pada Adun Salor, Datuk Husam Musa sehingga membuat tohmahan kononnya pemimpin kerajaan negeri tidak menangani isu terbabit.

“Sekarang isu pemindahan peniaga dari pasar lama di Pasir Puteh sudah hampir selesai. Daripada 500 peniaga pasar lama seramai 380 peniaga bersetuju untuk pindah.

“Dan sekarang seramai 304 peniaga sudah menjalankan perniagaan di pasar baharu. InsyaAllah kita akan mengadakan perasmian pasar itu awal tahun hadapan,” katanya di persidangan Dun semalam.

Belum itu ketika mengambil bahagian membahas Bajet Kelantan 2017, Husam meminta pemimpin kerajaan negeri melawat pasar tersebut. – HARAKAHDAILY 23/11/2017