26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Penduduk Pendang sinis janji Umno bina hospital

Berita
Typography

PENGAKUAN Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Ku Abdul Rahman Ku Ismail berhubung pembinaan Hospital Pendang yang akan dimulakan sebaik sahaja tender dibuka pada November ini, mendapat perhatian orang ramai terutama penduduk sekitar berhampiran.

Salah seorang penduduk yang tinggal berhampiran tapak pembinaan, Jalan Sekolah Temenggong, Zawawi Ayub, melahirkan rasa gembira seandainya pengakuan tersebut menjadi kenyataan, memandangkan selama ini Pendang tidak mempunyai hospital daerahnya sendiri.

Hospenda 3"Walau bagaimanapun, saya berharap ia bukanlah janji kosong semata-mata kerana sebelum ini pengakuan yang sama juga dibuat. Namun sehingga hari ni, bukan sahaja hospital, bayang pun tidak nampak," sinis beliau.

Selain itu, Zawawi turut melahirkan rasa kebimbangan terhadap keselamatan masyarakat setempat berikutan semak samun di kawasan tapak hospital berkenaan.

Menurutnya, tidak mustahil kawasan yang dipenuhi semak samun itu menjadi habitat binatang merbahaya dan berbisa serta boleh mengancam keselamatan penduduk berhampiran.

Sementara itu, pandangan sama juga diutarakan oleh Jamil Karim dan beliau beranggapan, pengakuan berkenaan hanyalah untuk meraih sokongan rakyat menjelang PRU akan datang.Hospenda 1

"Pemimpin Umno-BN hanya pandai tabur janji, tapi berapa kali hendak buat janji? Bukan benda baharu tapi sudah lama," komen beliau agak serius.

Katanya lagi, pengambilan tanah untuk pembinaan Hospital Pendang sudah lama tapi gagal dibangunkan hingga sekarang.

Tambahnya, bila sahaja hampir berlaku pilihan raya, akan kedengaran janji-janji sebegini, namun tidak membuahkan kenyataan.

Walau bagaimanapun, beliau mengharapkan agar pengakuan Exco terbabit akan direalisasikan kerana penduduk Pendang sudah hampir kecewa dan ibarat menunggu buah yang tidak gugur.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pendang, Ustaz Saiful Syazwan Shafie beranggapan, penduduk Pendang sudah kecewa dan muak dengan sikap pemimpin Umno-BN yang sering berbuat janji.

Katanya, setiap tahun semenjak Rancangan Malaysia Ke-9 sampailah ke hari ini, janji itu berulang-ulang malah, ada kalangan penduduk Pendang yang sudah lupa berkenaan pembinaan hospital tersebut.

Hospenda 2"Kita berharap kerajaan mengambil serius atas janji dan tawaran yang diberikan.

"Pendang merupakan satu-satunya daerah yang belum mempunyai hospital daerahnya sendiri dan kini masyarakat Pendang terpaksa mendapatkan khidmat di Hospital Yan atau Sultanah Bahiyyah, Alor Setar," jelas beliau.

Sambil menganggap undi penduduk Pendang terhadap BN pada PRU lepas tidak dihargai, beliau mengharapkan agar pada PRU kali ini, rakyat sedar dan bangkit menghukum kerajaan yang tidak mengotakan janji-janji dibuat oleh mereka sendiri. – HARAKAHDAILY 24/11/2017