20
Thu, Jun
40 Artikel Baru

Usaha pujuk PAS bukti lawan makin terdesak

Berita
Typography

KETIKA bahang PRU14 semakin dirasai, usaha untuk memujuk PAS agar bersetuju mewujudkan pertandingan satu lawan satu semakin giat dijalankan.

AJK PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, terbaru ada pihak di Kedah cuba memujuk Pesuruhjaya PAS negeri agar bersetuju untuk mewujudkan situasi satu lawan satu di negeri itu pada pilihan raya umum nanti.

“Depa mai jumpa Pesuruhjaya PAS Kedah, supaya PAS Kedah bersetuju di Kedah satu lawan satu.

“Walhal semua maklum, baik PAS Kedah, PAS Perlis, PAS Perak, semua ni ada satu keputusan mana-mana pendirian yang dibuat oleh PAS Pusat, negeri akan patuh,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Kompleks Pendidikan MADI, Arau sempena program Himpunan Anak Muda Istiqamah Perlis (HAMAS 4.0).

Beliau menambah, sekiranya pihak berkenaan tetap mahukan pertandingan satu lawan satu, mereka perlu memastikan tiada calon mereka di kerusi-kerusi yang ditandingi PAS agar PAS dapat bertanding satu lawan satu menentang Umno.

Katanya lagi, usaha memujuk ini sebenarnya membuktikan betapa pihak berkenaan semakin terdesak untuk cuba memenangi PRU14 yang dilihat semakin sukar tanpa kehadiran PAS dalam pakatan mereka.

“Tak boleh, dia nampak dia tak boleh pi dah, bila PAS tidak bersama-sama dengan Pakatan Rakyat, mereka hilang jentera,” ujarnya.