26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

PAS Putatan rai pelajar cemerlang UPSR

Berita
Typography

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan tidak ketinggalan dalam menghargai kecemerlangan pendidikan kawasan setempat. Seramai 6 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sembulan yang meraih pencapaian cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diraikan.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin bersama AJK PAS Putatan telah turun sendiri ke SK Sembulan untuk menyampaikan sijil ucapan tahniah kepada para pelajar.

"PAS Putatan merakam ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang telah mendidik para pelajar mencapai kecemelangan dalam bidang akademik," ujar Zulzaim.

Pihak SK Sembulan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan PAS Putatan demi memastikan pendidikan di kawasan tersebut berkembang dengan jayanya.

PAS Putatan akan terus memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk memangkin kecemerlangan pendidikan setempat. – HARAKAHDAILY 26/11/2017

sk sembulan