26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

11 Madrasah Dar pada 2018

Mudir Darul Taqwa, Ustaz Hazha Rajab menerima anugerah sekolah terbaik UPSRI seluruh negeri Terengganu.

Berita
Typography

SEBANYAK 11 buah Sekolah Rendah Islam (Madrasah Dar) yang bernaung di bawah Dewan Ulamak PAS Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 2018.

Pengarah Jawatankuasa Panitia Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) Che Wan Mustaffa Che Wan Kaman berkata, ia bertambah daripad sembilan buah Madrasah Dar yang telah beroperasi sejak tahun 1987.

“Tahun ni (2017) kita ada sembilan buah, tahun 2018 kita ada 11 buah, asalnya dulu Madrasah Darul Taqwa Batu Enam, jadi berkembang.

“Ini perkembangan kita, selain daripada kita mengambil peperiksaan (UPSRI) bersama, kita melaksanakan program kesenian dan sukan bersama, pengurusan buku teks, kursus guru, kebajikan di bawah Jabatan Tarbiyah dan Lujnah Persekolahan Dewan Ulamak PAS Terengganu,” jelasnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan itu yang diadakan di Dewan Utama Darul Bayan, Dungun, semalam.

Mudir Madrasah Darul Bayan itu menambah, PAS Terengganu mensasarkan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan memiliki sekolah rendah Islam sendiri.

“Satu DUN satu sekolah Dar dan alhamdulillah, perkembangan mutakhir ini sentiasa ada pertambahan sekolah baharu. Dua tahun lepas Darul Falah (Tepoh) dan Darul Furqan (Jerteh) dan tahun (hadapan ini), Darul Ulum Chendering dan Darul Rahman di Kertih dan pada tahun 2019, insha Allah Darul Abrar di Setiu,” ujarnya.

Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Muhammad.