26
Wed, Jun
13 Artikel Baru

Adun turun padang bantu mangsa banjir

Berita
Typography

SEJAK Jumaat lepas hujan sekali sekala lebat mulai melanda Kelantan. Cuaca mendung juga berlaku di hampir kesemua jajahan sehingga sekarang.

Hebat lebat menyebabkan kawasan rendah mulai ditenggelami banjir air hujan. Antaranya jajahan Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.

Seramai 525 mangsa dipindahkan sehingga jam 10.35 pagi tadi dengan 143 keluarga mengikut laporan portal rasmi eBanjir Negeri Kelantan.

Di Kota Bharu seramai 139 penduduk di Ketereh ditempatkan di Islamic Outreach ABIM Kok Lanas. Mangsa banjir tersebut daripada Taman SL Hutan, Kampung Ketereh dan Taman Mustafa Kok Lanas.

Petugas Majlis Tindakan Dun Kok Lanas turut berkhidmat di pusat pemindahan tersebut termasuk menyediakan makanan.

Di Melor seramai 13 penduduk penduduk yang tinggal di Belakang Pasar Melor turut dipindahkan ke Dewan Pasar Melor semalam.

Di Kuala Krai pula seramai 15 mangsa banjir dari Kampung Mengkebang dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Menengah Keroh dan Sekolah Menengah Chenulang.

Di Machang seramai enam penduduk yang melibatkan tiga keluarga dari Kampung Bakar, Kampung Baka dan Kampung Tandak dipindahkan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Hwa, Madrasah Sungai Mas dan Sekolah Kebangsaan Pangkal Merleret.

Pasir Puteh sehingga kini paling ramai mangsa pemindahan banjir iaitu 244 penduduk yang melibatkan 76 keluarga ditempatkan di Sekolah Rendah Kebangsaan Kamil I, Sekolah Kebangsaa Wakaf Raja dan Sekolah Kebangsaan Changgai, Pasir Puteh.

Adun Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat turut melawat mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut semalam.

Di Tanah Merah seramai 74 mangsa banjir dipindahkan melibatkan Kampung Lubuk Agor, Kampung Manal 3 dan Kampung Padang Kijang.

Manakala penduduk yang tinggal di kawasan pantai pula berdepan dengan angin kencang dan laut bergelora.

Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar melawat penduduk yang tinggal di Pantai Pulau Kundur. Penduduk di situ berdepan ombak besar terutamanya pada malam sehingga memasuki rumah mereka. – HARAKAHDAILY 27/11/2017

BahGaal