18
Wed, Sep
30 Artikel Baru

MISWA dakwah masyarakat dengan seni

Berita
Typography
ARAU: Malam Inspirasi Seni Wanita (MISWA) anjuran Muslimat Muda bersama Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Muslimat PAS Negeri Perlis telah melabuhkan tirai pertandingan selama empat bulan itu kelmarin.
 
Seramai sembilan peserta sajak dan pidato serta lima kumpulan nasyid berentap pada pertandingan akhir yang berlangsung di Kompleks PAS Perlis, di sini.
 
Ketua Muslimat PAS Perlis, Latifah Mat dalam ucapan perasmiannya menyentuh mengenai elemen seni yang turut memberi kesan tarikan dalam mempersembahkan dakwah kepada awam.
 
Program yang mendapat sambutan menggalakkan dari kaum wanita itu menyaksikan kumpulan Soutul Mumtaz yang membawa lagi 'Ainul Mardhiah' muncul sebagai johan nasyid.
 
Manakala acara pidato diungguli Tasneem Nurun Ehsan dari Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (MATIN) dan sajak pula dimenangi oleh Nur Alyaa Nabila Ibrahimulkhoiri dari Sekolah Rendah Islam al-Furqan. - HARAKAHDAILY 27/11/2017