19
Thu, Sep
46 Artikel Baru

Khidmat Malaysia Terengganu siap siaga

Berita
Typography

KHIDMAT Malaysia Terengganu dalam keadaan siap siaga untuk berhadapan dengan kemungkinan musibah banjir merujuk kepada keadaan cuaca semasa di seluruh negeri itu.

dr azman1Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, beberapa langkah segera telah diambil, iaitu:

1. Jawatan Kuasa Khidmat Malaysia Kawasan telah disusun sebagaimana yang digariskan dalam SOP Pengurusan Bencana Khidmat Malaysia.

2. Bilik Gerakan Banjir Kawasan juga telah diletakkan dalam mood standby untuk diaktifkan pada bila-bila masa.

3. Penyenaraian kampung-kampung berisiko dilanda banjir.

4. Senarai pusat pemindahan sama ada yang berdaftar atau yang tak berdaftar

5. Senarai aset untuk digunakan dalam operasi menyelamat dan menyantuni mangsa banjir.

6. Peralatan komunikasi radio amatur

7. Tempat untuk dapat bekalan segera bahan-bahan makanan dan keperluan harian.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Malaysia Pusat menambah, sebarang makluman dan info boleh hubungi Pengarah Operasi Banjir Khidmat Malaysia kawasan-kawasan seperti berikut:

Kemaman - Ust Ramlan 0199389884
Dungun - YB Cikgu Wan Hapandi 0139803995
Marang - Ust Sidek 0199201704
Hulu Terengganu - Mat Safari 01140353555
Kuala Terengganu - Ust Salleh 0189106228
Kuala Nerus - Tuan Syed Ibrahim 0139809877
Setiu - Yunus Sulaiman 0199115167
Besut - Abdul Rahim 0179753238 – HARAKAHDAILY 28/11/2017