Gesa wujudkan mekanisme kawal kebanjiran PATI

Berita
Typography
AMPANG: Kerajaan Persekutuan perlu mewujudkan satu mekanisme kawalan bertujuan membendung kebanjiran lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI).
 
Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka, Dato' Iskandar A. Samad berkata lebih kurang seribu pelarian Rohingya dan Myanmar menetap di sekitar pangsapuri kos rendah Pandan Mewah, Ampang tanpa sebarang kad pengenalan dari kerajaan Malaysia dan hanya memiliki kad UNHCR.
 
"Saya minta kerajaan Malaysia untuk mendaftarkan dan mengesahkan mereka ini benar-benar pelarian.
 
Sebab semasa saya melakukan lawatan tadi, ada dalam kalangan mereka yang mengaku muslim Rohingya tetapi dari segi penampilan mereka tidak nampak seperti muslim Rohingya," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas membuat satu lagi lawatan susulan selepas melakukan lawatan mengejut di sini pada 6 Oktober lalu.
 
Ikuti laporan lanjut dalam Harakah akan datang.