Dun Tendong bersiap pindah mangsa banjir

Berita
Typography

SEHINGGA jam 6 petang tadi, tiga buah Kampung terjejas akibat banjir di  Dun Tendong, Pasir Mas setakat iaitu Kampung Kolam, Kampung Banggol Naim dan Kampung Chat.

Paras air dilaporkan semakin naik dan penduduk Kampung Kolam dan Kampung Chat paling awal terjejas. Setakat ini penempatan banjir masih belum dibuka dalam Dun Tendong

Namun jika air naik berterusan penduduk dijangka akan berpindah ke pusat pemindahan SK Gelang Mas pada awal pagi esok.

Dijangkakan seramai 105 keluarga dari Kampung Kolam dan 8 keluarga dari Kampung Chat dijangka akan berpindah.

Pusat pemindahan, agensi terlibat dan pimpinan masyarakat setempat telah bersedia sepenuh untuk proses pemindahan mangsa banjir.

Petang tadi beliau bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Mas telah mengadakan mesyuarat bersama untuk tindakan yang perlu dibuat.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang ingin menderma bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

“Sumbangan boleh dibuat melalui Pejabat Dun Tendong,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau menyeru seluruh masyarakat  berwaspada dengan sebarang kemungkinan situasi banjir.

Katanya, bagi mereka yang tinggal  di kawasan yang mudah dinaiki air, dinasihatkan berhati-hati. Sentiasa patuhi arahan pihak berwajib jika dinasihatkan  berpindah.

“Perhatikan pergerakan anak-anak khususnya yang kecil.
 
“Sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita semua dijauhi dari perkara yang tidak diingini,” ujarnya.