PAS tawar air percuma kepada rakyat miskin

Berita
Typography
DUNGUN: Tawaran air percuma yang menjadi Akujanji PAS sebagaimana terkandung dalam 15 perkara tawaran awal Manifesto PAS Terengganu sempena PRU14 boleh meringankan beban rakyat miskin serta golongan memerlukannya.
 
Adun Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, Terengganu mempunyai sumber air yang banyak terutama Tasik Kenyir di mana boleh dimanfaatkan bagi membantu golongan tersebut.
 
"Memang PAS ini berjuang untuk rakyat. Air merupakan perkara asas kepada manusia. Jadi, kita (PAS) bercadang dan berhasrat apabila menang pilihan raya nanti, kita akan memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu khas kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. 
 
"Ini akan meringankan beban sebilangan rakyat miskin dan berpendapatan rendah. Ini bukan sekadar omong-omong (cakap) kosong tetapi akan dilaksanakan mengikut janji manifesto PAS. 
 
"Terengganu mempunyai sumber air yang banyak di Tasik kenyir. Jadi, kenapa tidak kita menggunakan anugerah Allah ini untuk kita salurkan kepada orang-orang yang miskin dan memerlukannya?" ujarnya ketika ditemui Harakah selepas Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah Tertutup UPU Padang Pulut, Kampung Burung Baru, Dungun semalam. - HARAKAHDAILY 28/11/2017