RM10 juta tabung pinjaman usahawan

Berita
Typography
KUALA NERUS: Golongan muda dan para usahawan tempatan tidak akan dipinggirkan jika, PAS Terengganu diberi mandat memerintah negeri pada PRU14 ini. 
 
Adun Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, Terengganu akan lebih berdaya maju jika dapat melahirkan Usahawan Eksplorasi yang berdaya saing, kreatif dan cekap menghidu peluang.
 
Justeru, katanya tawaran awal Manifesto PAS Terengganu itu tidak akan meminggirkan golongan usahawan tersebut.
 
"Manifesto PAS untuk PRU14 ini kita amat menitik beratkan soal kebangkitan usahawan-usahawan yang berdaya saing ini. 
 
"Manifesto awal tawaran PAS, kita bersedia memperuntukkan sebanyak RM10 juta setahun bagi Tabung Pinjaman Usahawan dan ini dilihat mampu memperkukuhkan platform bisnes rakyat untuk dilonjakkan," ujarnya.
 
Menurut Ustaz Hishamuddin, konsep pinjaman tanpa faedah itu perlu diperluaskan agar rakyat memperolehi manfaat untuk membina kejayaan dalam perniagaannya. - HARAKAHDAILY 29/11/2017