Permohonan maaf Abdul Hakim kepada Siti Zailah

Berita
Typography
Assalamualaikum YB Zailah Mohd Yusof atau di kenali sebagai Kak Lah, Ahli Parlimen Rantau Panjang. 
 
Saya memohon kemaafan atas `posting' saya menyebabkan Kak Lah menerima tohmahan itu.
 
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan atau membuat cerita palsu. 
 
Dengan merujuk `posting' Kak Lah yang berbunyi;  "Belajar bawa lori...
Ziarah pusat perpindahan dengan lori..kerana air banjir dalam...tidak lepas harung dengan 4x4".
 
Saya menyangkakan bahawa Kak Lah bawa lori itu. 
 
Kak Lah ambil gambar itu untuk buat kenangan bersama lori milik keluarga sendiri sebenarnya. 
 
Sekali lagi saya memohon kemaafan atas khilaf saya itu.
 
Tidak boleh dinafikan bahawa Kak Lah adalah seorang wakil rakyat (Ahli Parlimen) yang banyak turun ke medan di saat banjir berlaku. 
 
Seperti tahun 2014 sendiri Kak Lah menjadi icon kepada parti politik lain untuk turun mengarung banjir.
 
Dengan ini, saya minta semua `posting' yang memburukkan Kak Lah dan memfitnah Kak Lah akibat dari `posting' saya ditarik balik dan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku.
 
Sekali lagi saya memohon kemaafan atas `posting' saya itu.
 
Sekian
 
Abdul Hakim
29 November 2017
11 Rabiul Awal 1439H - HARAKAHDAILY 30/11/2017